May 3, 2008

Dah Kalah Baru Nak Tengadah

Pada dua hari lepas, dilaporkan di Buletin Utama mengenai ahli Parlimen bandar Tun Razak yang mengadakan perjumpaan dengan ahli UMNO Bandar Tun Razak tersebut. Tidak perlulah saya menyatakan siapakah beliau itu, terserah pada anda untuk mengetahui siapakah beliau itu. Dalam ucapan beliau yang begitu semangat menyatakan bahawa:

"...kepada Anwar, Abdul Hadi Awang dan Nik Aziz, marilah kita duduk semeja dan berbincang mengenai masalah politik antara orang Melayu..."

Hanya beberapa patah kata-kata yang diucapkan oleh beliau. Disini ingin saya jelaskan bahawa, kepimpinan pembangkang seperti PAS dan PKR tidak pernah menolak untuk berbincang dan duduk satu meja. Tetapi UMNO sungguh angkuh dan bongkak ketika itu, kerusi majoriti 2/3 parlimen yang mereka menangi (ADIL atau TAK) selama ini.

Sejarah pula telah membuktikan dan menafikan kemenangan 2/3 majoriti ini. Sehinggakan Kedah, Perak, Pulau Pinang dan Selangor telah dipimpin oleh pembangkang. Kelantan masih lagi kekal di bawah kepimpinan Ulama'. Kemenagan yang tidak disangka ini adalah satu berkat usaha gigih para pemimpin pembangkang itu sendiri seperti kata-kata Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat pada persidangan belanjawan Kelantan pada tahun 2007. Beliau menyatakan bahawa perjuangan yang dilalui selama 30 untuk menegakkan Islam di Malaysia dan tekanan yang diterima dari pelbagai pihak tidak melemahkan semangat Beliau. Dengan itulah Kelantan masih lagi bertahan dibawah kepimpinan Ulama sehingga ke hari ini.

Berbalik semula kepada ucapan lantang UMNO Bandar Tun Razak, ibarat seperti dah kalah baru nak tengadah. Melihat kepada situasi UMNO itu sendiri yang tidak menentu mengakibatkan beliau khuatir (pangkat, ringgit, kroni dsb) tidak akan diperolehi oleh beliau lagi. Kuala Lumpur, kerusi Parlimen majoriti dimenangi oleh pembangkang, inilah yang membimbangkan beliau. Takutkan kekuasaan akan digantikan dengan pemimpin pembangkang, barulah beliau mahu mengajak untuk berbincang pula dengan pemimpin pembangkang.

Ketika UMNO menang, janaganlah kita berharap untuk mendengar ucapan dari pemimpin UMNO yang mahu berbincang dengan pembangkang. Sudahlah SPR telah dikuasai oleh dengan menghidupkan semula rakyat yang sudah tiada untuk mengundi. Semata-mata untuk menakluki keseluruhan negeri di Malaysia dibawah kepimpinan UMNO-BN. Tidakkah mereka berasa bersalah dengan keadaan ini?

Jika benar mereka bertanding untuk mengubah nasib rakyat, namun mengapa masih ada rakyat yang tercicir mendapatkan makanan, pendidikan, perubatan dan asasi yang lain? Jadi berilah peluang PRU benar-benar bersih dan melihat pembangkang memerintah, maka UMNO saksikanlah sendiri bagaimana corak pemerintahan pembangkang. Sejarah telah membuktikan bahawa, berapa lama sekali pun sebuah pemerintahan itu, pasti ianya akan jatuh seperti Empayar Roman dan digantikan dengan Empayar Islam yang hebat sehingga ke Sepanyol dan Rantau Balkan.

Ubahlah diri sebelum benar-benar mahu memimpin dan menjadi pemimpin, jikalau sudah kalah baharu nak mengibarkan bendera keamanan. Lupakanlah wahai pemimpin UMNO Bandar Tun Razak. Lupankanlah hasrat anda itu. Lupakanlah!

2 comments:

amsran said...

betul tu zapuzan

Jeng said...

terimas kaseh

:)) :)] ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} ~x( :-t b-( :-L x( =))
Post a Comment

Related Posts :

 
minima green fragmentary