May 1, 2008

Hari Pekerja Atau Hari Buruh

Tepat pada 1hb Mei, setiap tahun akan disambut Hari Pekerja. Disini ingin saya mengulas serba sedikit mengenai pekerja atau pun dikenali sebagai buruh. Jika mengikut sejarah Mesir, iaitu semasa pemerintahan Fir'aun, terdapat banyak buruh paksa yang bekerja tanpa belas kasihan, dipaksa untuk membina Piramid sehinggakan telah menjadi satu keajaiban dunia yang tidak dapat dilaksanakan pada zaman yang penuh dengan teknologi terkini.

Cuba kita bayangkan bagaimana sengsaranya buruh terdahulu bekerja jika dibandingkan dengan sekarang. Sejarah telah menunjukkan bahawa buruh ini telah dipaksa bekerja dengan bayaran yang sedikit. Banyak negara yang mengamalkan sistem ekonomi Kapitalis. Seperti yang kita sedia maklum bahawa sistem inilah yang mengakibatkan berlakunya Revolusi Industri di Eropah yang mengakibatkan beribu-ribu buruh dieksploitasi.

Sistem Kapitalis ini juga telah ditentang oleh pengasas Marxist iaitu Karl Marx yang menyaksikan sendiri keadaan buruh, terutamanya di London. Karl Marx menerangkan bahawa akan berlakunya suatu konflik akibat daripada pengkelasan masyarakat. Iaitu masyarakat terbahagi kepada dua:


a) Kelas Atasan

Kelas atasan ini merupakan mereka yang kaya dan mampu untuk membayar upah kepada buruh yang bekerja di bawahnya. Mereka mempunyai modal dan tanah yang mampu untuk mengeksploitasikan segala sumber yang ada, sehinggakan buruh terpaksa bergantung kepada mereka walaupun ditindas.


b) Kelas Bawahan


Kelas Bawahan ini pula merupakan mereka yang bekerja untuk kelas atasan tersebut. Mereka merupakan masyarakat yang bergantung dengan Majikan mereka walaupun dibayar dengan upah yang sedikit. Mahu tidak mahu mereka terpaksa bergantung dan terus bergantung kapada majikan. Kelas bawahan ini merupakan majoriti dalam kelompok masyarakat.


Dengan hal sedemikian, Karl Marx menyatakan lagi bahawa keadaan ini akan mengakibatkan berlakunya Class Clash dalam masyarakat. Golongan Buruh akan bangkit menentang majikan mereka dan membentuk satu sistem kesamarataan dalam masyarakat dan golongan atasan. Marx menjangkakan ianya akan berlaku di Eropah, sebaliknya ianya hanya berlaku di Russia dan membentuk Kesatuan Soviet.


Walau apa pun, yang penting sekali untuk saya sampaikan disini ialah dimana keadilan untuk buruh di Malaysia? Terdapat pelbagai pekerjaan yang ada di Malaysia, dan saya tertarik dengan pekerjaan berat seperti buruh kasar dan cleaner. Pekerja-pekerja bagi kedua-dua pekerjaan yang mereka lakukan merupakan satu pekerjaan yang begitu payah sekali sehinggakan rakyat Malaysia sendiri tidak mahu untuk bekerja di kedua-dua sektor yang dianggap sebagai "hina dan kotor" ini.


Jikalau rakyat Malaysia berfikir secara terbuka dan matang, pengaliran ringgit keluar negara adalah tinggi dan ini akan mengakibatkan kerugian pada negara kita sendiri. Jika rakyat Malaysia itu sendiri yang bekerja di sektor-sektor yang dilihat hina ini, negara akan mengalami keuntungan kerana perbelanjaan dalam negara akan meningkat.


Kita melihat bahawa sektor ini tidak mempunyai persatuan seperti persatuan kakitangan kerajaan dan sebagainya. Jika rakyat Malaysia yang bekerja di sektor ini, tidak mustahil akan wujudnya sebuah persatuan yang membela nasib mereka. Masalah gaji dapat diselesaikan dan pelbagai masalah lain. Namum berapa banyak rakyat Malaysia yang masih memilih pekerjaan di zaman yang penuh dengan cabaran. Dan pihak kerajaan terutamanya yang dipimpin oleh BN perlulah membuka mata mencari jalan usaha agar kerja ini menjadi pilihan dan memberikan satu peluang kepada sektor yang tidak diminati ini kepada diminati.


Janganlah kita bekerja mencari rezeki yang salah seperti menjual dadah, berlumba haram, pelacuran dan sebagainya. Walau nampak lumayan pendapatan sekalipun, ianya membawa kemusnahan kepada bangsa Malaysia itu sendiri. Lebih baik bekerja sebagai cleaner yang menjaga kebersihan, dari menjual dadah yang membawa kepada kekotoran. "Selamat Hari Pekerja kepada seluruh rakyat Malaysia yang bekerja dan yang akan bekerja".

3 comments:

Toilet paper said...

betul tu JENG..
sebenarnya cleaner merupakan tulang belakang kepada negara..sumbangan kecil yang dilihat sebenarnya adalah besar nilainya..
mereka patut dihargai..
sepatutnya ada hari cleaner..

Jeng said...

toilet paper yang dikasihi...memang patut adanya hari cleaner sedunia..

amsran said...

jeng@toiletpaper

saya scavenger(pemungut tin Alaminum) ada cuti ke? kalau aku bercuti alamat matilah kucing aku si comel tak makan...isissss...banyak jasa aku ni... kalau tidak bersepah tin dimana2 saja...

heee!!!

:)) :)] ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} ~x( :-t b-( :-L x( =))
Post a Comment

Related Posts :

 
minima green fragmentary